Support the


Malaysian Left Coalition!

Help us build a powerful campaign
to bring the social justice agenda into the
upcoming Malaysian general election!

0% of €4000

€ 0 reached in total

-2220 days left



Tentang kami

Gabungan Kiri ialah sebuah perikatan antara organisasi politik, sosial dan budaya akarumbi yang bercorak sosialis di Malaysia. Kami berfungsi sebagai sebuah kumpulan untuk mendesak para parti politik untuk menyerap Manifesto kami untuk pilihanraya yang akan datang.

Setiap organisasi kami telah bekerja bertahun-tahun di dalam komuniti estet, kebudayaan, serta pekerja di bandar-bandar. Kami merupakan sebuah koalisi terbuka yang berkepelbagaian ideologi dan latarbelakang.

Setelah berlakunya Pilihanraya Umum ke-13 pada tahun 2013, sekumpulan aktivis dan organisasi kiri menyedari keperluan besar untuk sebuah alternatif yang tulen dalam politik Malaysia: masyarakat kita memerlukan sebuah usaha yang memusatkan politik berdasarkan masalah ekonomi rakyat biasa, menitikberatkan kebajikan rakyat, menjunjung hak pekerja dengan pendirian anti-kapitalis yang jelas.

About

Gabungan Kiri is a coalition of left-wing political, social, and grassroots cultural organisations in Malaysia. We are a pressure group that advocates the adoption of our Manifesto for the next general election.

Each of our organisations in the coalition has worked for many years in communities such as rural plantation estates, artistic and literary circles, as well as urban workers in cities.

We are an open coalition of ideologically diverse and multi-lingual people who come from different parts of the country. After the 13th General Election in 2013, we realised the urgent need for a real alternative in Malaysian politics: the country needs a force that emphasises politics based on the hardships of ordinary Malaysians, advocates for social welfare, stands up for workers’ rights and has a clear anti-capitalist stance.

Maklumat lanjut

Further info

Tabung kempen Pilihanraya Gabungan Kiri Malaysia

Support the Malaysian Left Coalition election campaign

Malaysia telah diperintah oleh rejim yang sama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 iaitu Barisan Nasional. Pembangkangnya ialah Pakatan Harapan dan mereka bukanlah suatu pilihan yang lebih baik – kedua-dua mereka komited terhadap agenda neoliberal iaitu penswastaan perkhidmatan awam dan memberi syarikat-syarikat gergasi keutamaan dalam banyak hal ekonomi. Pilihan rakyat Malaysia selama 13 pilihan raya yang lalu hanyalah “pilihan yang kurang zalim” antara mereka berdua. Rakyat tidak pernah mendapat pilihan alternatif yang selayaknya. Akibatnya, ketidakpedulian di antara pengundi amatlah tinggi dan kini adanya gerakan untuk merosakkan kertas undi dalam Pilihanraya ke-14 nanti.

Malaysia has been ruled by the same corrupt Barisan Nasional regime ever since independence in 1957. Its main opposition coalition Pakatan Harapan, however, is not any better – both the ruling party and the opposition are committed to the neoliberal agenda of privatisation and giving corporations a free reign whenever possible. The only choice Malaysians have had in the previous 13 general elections is to choose between the lesser evil and not getting the alternative that they truly deserve. As a result, voter apathy is high and there is currently a growing popular drive to spoil ballot papers in the upcoming 14th General Election.

Kami sedang berusaha untuk membiayai sebuah kempen pilihanraya yang bertemakan “Manifesto Untuk 99%”. Ianya adalah sebuah agenda untuk pengagihan kekayaan negara yang saksama, kebajikan sosial yang lebih luas dan hak-hak demokratik yang tulen. Walaubagaimanapun, kami berhadapan dengan jentera pilihanraya gergasi dari kedua-dua kerajaan pemerintah Barisan Nasional dan pembangkangnya iaitu Pakatan Harapan.

We are trying to fund our election campaign which is the “Manifesto for the 99%”. It is an agenda for a fairer distribution of wealth, greater social welfare and genuine democratic rights. However, we are facing the well-oiled machinery of both the ruling Barisan Nasional political coalition and their main opposition Pakatan Harapan.

Kempen Gabungan Kiri Malaysia ini ialah sebuah usaha untuk menganjak perbincangan dan wacana politik melalui tekanan. Ini untuk memaksa parti politik untuk menerima agenda yang lebih progresif untuk Pilihanraya ke-14 PRU14. Maksudnya kami berazam untuk memaksa mereka menerima “Manifesto Untuk 99%” ataupun berdepan dengan sebuah jentera media yang bakal kami bina untuk membongkarkan kepentingan mereka terhadap golongan kaya dan syarikat korporat. Parti-parti politik yang menerima Manifesto kami akan diberi sokongan oleh gerakan dan jentera media kami.

This campaign by the Gabungan Kiri Malaysia (Malaysian Left Coalition) is an attempt to shift the political culture and pressure the mainstream political parties to adopt a more radical agenda for the General Election. This includes making them formally adopt our “Manifesto for the 99%” or being challenged by a powerful media campaign to expose their pro-wealthy, pro-corporation policies. Political parties that adopt our manifesto will receive our endorsement and will be assisted in their campaigning by our activists and media team.

“Manifesto Untuk 99%”

“Manifesto for the 99%”

Kempen ini akan bersendikan pada “Manifesto Untuk 99%” – hasil daripada konsultasi selama dua tahun bersama pelbagai organisasi akar umbi serta ahli-ahli akademik. Ianya telah pun diterjemah kepada empat bahasa utama Malaysia (Bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil & Bahasa Inggeris). Manifesto ini ialah sebuah dokumen untuk memaksa parti-parti politik serta media massa untuk berubah hala tuju mereka dari isu kaum dan personaliti kepada wacana serius tentang keadaan ekonomi rakyat biasa. Manifesto kami juga cuba untuk membawa hak demokratik dan budaya seperti kesamarataan gender, pendemokrasian institusi negara, dan hak-hak tanah Orang Asal.

The campaign will be based on the “Manifesto for the 99%” - the result of a two-year consultations with many grassroots organisations and academics. It has already been translated into the four major Malaysian languages (Malay, Chinese, Tamil & English). The Manifesto is a document to force the political parties and the media to shift their focus from the current debates (racial and petty personality politics) to a more serious discourse about the economic well-being of ordinary people. Our Manifesto also attempts to bring to the fore democratic and cultural rights that- include("gender") equality, democratisation of our institutions, and land rights for Orang Asal (the aboriginal peoples of Malaysia).

Kami berharap untuk mendanai sebuah jentera media yang utuh di media sosial dan siaran. Ianya akan berpusat kepada usaha untuk memecahkan dinding media yang telah lama berprasangka terhadap suara-suara kiri. Antara usaha kami ialah:

  • Membina sebuah laman web responsif sebagai pusat berita untuk sebaran awam
  • Membiayai kos pengiklanan di Facebook, Twitter & penyiaran
  • Mencetak manifesto dan penerbitan lain untuk kempen seluruh negara
  • Membiayai kos pengangkutan untuk berkempen di seluruh negara
  • Membiayai kos latihan aktivis untuk menjalankan kempen ketika Pilihanraya ke-14

We are hoping to raise funding to create a sustained media campaign on social media as well as broadcast media. Much of our efforts will go into breaking the barriers in our media so historically biased against left-wing groups. These include:

  • Developing a responsive and well-designed news portal website to disseminate our ideas
  • Paying for advertising costs on Facebook, Twitter & broadcast channels
  • Printing our manifesto and other publications for our grassroots campaign
  • Paying for transportation costs to campaign across the country
  • Paying for the training of activists to run the campaign during the 14th General Election


0% of €4000

€ 0 reached in total

-2220 days left

Choose the amount and method of payment

A credit card donation will only be transferred if the campaign reaches the goal in time.

With crypto donations, all donations are instant and refunds are not currently possible.